Siri Rambutan #dudukrumah: Sembang santai bersama YB Datuk Dr Yusof Yacob, Menteri Pendidikan dan Inovasi Sabah

Pada 4 Jun 2020, Rambutan Code Academy menganjurkan sesi webinar bersama YB Datuk Dr Yusof Yacob, Menteri Pendidikan dan Inovasi Sabah.

Dr Yusof menjelaskan bahawa inovasi adalah mewujudkan idea baru, mewujudkan idea produk yang sama tetapi proses yang berbeza dan juga memperbaiki idea produk yang sedia ada. Dr Yusof berkongsi bahawa inovasi digital di Sabah semakin berkembang dan merancang untuk mendigitalisasikan Sabah sepenuhnya menjelang tahun 2025. Dr Yusof menyatakan bahawa beliau akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk menaik taraf rangkaian internet di Sabah di bawah program National Fiberisation and Connectivity Plan (NFCP) bermula dari tahun 2019 hingga 2024. Beliau juga menyatakan bahawa Kementerian telah menyediakan kursus secara talian bagi rakyat untuk mempelajari bidang ICT dan menyatakan bahawa bilangan permintaan untuk menyertai kursus ini semakin meningkat terutamanya semasa wabak COVID-19 ini. Dr Yusof juga menyatakan bahawa liputan Internet di Sabah hanya merangkumi 49 peratus di negeri dan meliputi jaringan internet ke seluruh Sabah masih lagi dalam proses menaik taraf. Oleh itu, kerajaan telah merancang untuk membantu sekolah yang tidak mempunyai liputan internet dengan mewujudkan Pusat Internet Desa untuk pelajar dan pengajar supaya mereka dapat mengakses kelas secara talian. Dr Yusof juga menjelaskan rancangan induk infrastruktur digital Sabah yang memberi tumpuan kepada tiga sektor iaitu industri, pelancongan dan pendidikan.

Tonton siaran langsung untuk cerita penuh.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang Rambutan Code Academy? Ikuti halaman Facebook kami di Rambutan Code Academy dan juga laman Instagram kami di Rambutan Code Academy.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.