Siri Rambutan #dudukrumah: Sembang santai bersama Tun Amsyar dan Haziq Hafizuddin, Software Engineer

Pada 21 Mei 2020, Rambutan Code Academy mengadakan satu sesi Webinar bersama Tun Amsyar dan Haziq Hafizuddin, tentang bagaimana untuk mengejar kerjaya sebagai freelancer jurutera perisian.

Amsyar bermula berkerja sebagai freelancer sebelum ini dan kini bekerja sepenuh masa sebagai jurutera perisian. Hafizuddin sedang bekerja sebagai freelaner ketika ini sementara bekerja sepenuh masa sebagai jurutera perisian. Kedua-dua mereka berkongsi pengalaman mereka sebagai freelancer, menekankan kepentingan bermotivasi dan sikap ingin tahu. Kedua-duanya sentiasa mengekalkan sifat daya saing sebagai freelancer dengan tidak pernah berhenti belajar, sentiasa kemas kini techstack semasa, dan juga pakar dalam kemahiran yang kini ada. Rangkaian dengan rakan dan profesional lain juga memberi peluang freelancer untuk mempamerkan kemahiran mereka dan mendapatkan projek baru.

Tonton siaran langsung untuk cerita penuh.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.