Siri Rambutan #dudukrumah: Sembang santai bersama Kinabalu Coders

Pada 4 Jun 2020, Rambutan Code Academy menganjurkan sesi Webinar dengan Edham Arief Dawillah, Presiden Kinabalu coders.

Edham merupakan salah seorang pengasas bersama RoboNeo yang merupakan satu pertandingan robotik tahunan di Sabah. Dari pertandingan RoboNeo tersebut, mereka berjaya menarik minat ramai pelajar untuk menyelami ke dalam robotik atau sekurang-kurangnya belajar tentang robotik. Beberapa pelajar yang menyertai pertandingan RoboNeo tersebut melanjutkan pelajaran mereka dalam bidang Kejuruteraan Elektronik dan Perisian yang merupakan salah satu matlamat Kinabalu Coders untuk menggalakkan pendidikan STEM di Sabah. Edham juga berkongsi bahawa Kinabalu Coders telah bekerjasama dengan Cytron yang merupakan sebuah syarikat elektronik untuk menyediakan kit robotik supaya mereka dapat memperkenalkan robotik di Sabah terutamanya pelajar sekolah. Bagi pendidikan STEM di Sabah, Edham menjelaskan bahawa dari pertandingan robotik yang diadakan, pendidikan STEM semakin lama semakin berkembang di Sabah.

Tonton siaran langsung untuk cerita penuh.

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Kinabalu Coders dan apa-apa maklumat mengenai robotik di Sabah, ikuti laman Facebook mereka di Kinabalu Coders dan juga RoboNeo.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.