Siri Rambutan #dudukrumah: Sembang santai bersama Alyssia Maluda, Project Manager Rambutan Digital

Pada 18 Jun 2020, Rambutan Code Academy menganjurkan sesi webinar bersama dengan Project Manager Rambutan Digital sendiri iaitu Alyssia Maluda.

Alyssia menyatakan bahawa seorang Project Manager akan menjadi sebagai orang tengah berkomunikasi dengan pelanggan dan pasukan dalaman. Seorang Project Manager akan bertemu dengan pelanggan untuk berbincang mengenai projek mereka dan memahami matlamat yang mereka ingin capai. Kemudian Project Manager tersebut akan berbincang dengan pasukan pembangunan tentang matlamat yang perlu dicapai untuk menyiapkan projek tersebut. Setelah tugas itu selesai, pasukan pembangunan akan membentangkan produk akhir sebelum Project Manager tersebut membentangkan kepada pelanggan. Alyssia juga berkongsi pengalaman beliau tentang bagaimana beliau mengendalikan pelanggan yang tidak berpuas hati apabila produk akhir tidak memenuhi permintaan pelanggan. Beliau juga menyatakan bahawa sebagai seorang Project Manager, jangan sesekali rasa segan untuk bertanya soalan yang jelas kerana ia akan mewujudkan perbincangan yang produktif supaya anda akan memahami sepenuhnya matlamat pelanggan yang ingin dicapai. Beliau juga menyatakan seorang Project Manager yang baik, perlu menjadi seorang pemain pasukan. Mempunyai keperibadian yang akan mendorong pasukan anda adalah penting kerana semua orang suka bekerja dengan orang yang mereka suka.

Tonton siaran langsung untuk cerita penuh.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang Rambutan Code Academy? Ikut halaman Facebook kami di Rambutan Code Academy dan juga laman Instagram kami di Rambutan Code Academy.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.